Monday, August 24, 2015

Budak Matrik



Dah lama tak update blog, harini tetiba ada mood nak update. Sebenarnya benda ni dah lama rancang, tapi sebab ada beberapa masalah, jadi harini baru sempat. 


Gambar masa Minggu Orientasi, berbentuk Infiniti, sebagai tanda "Zero Extreme"

Ehem... Nahhh… tajuk harini pasal pengalaman as budak matrik selama setahun (PST student!) Straight to the point, masa mula-mula daftar at KMPP (Kolej Matrikulasi Paling Popular, Kolej Matrikulasi Pentarbiyahan Pelajar, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang), perghhh… memang tak kenal jalan sebab lupa nak ulangkaji pasal KMPP ni kah! Kompel (asrama) lelaki tasik surau library kafe semak semua redah, semata-mata nak cari bilik plus tak jumpa kawan tah kemana (janji nak jumpa kemain tapi sbb memasing busy so semua buat hal sendiri jek). Bila dah kenal jalan semua kat situ, baru tau sebenarnya jalan yg dilalui masa awal2 daftar dulu mmg jaauh! Fuh. then bila dah berjaya daftar bilik semua, barang pun dah angkat semua, time family nak baaalikkk! Pergh, memang homesick abeh. Pandang muka mak ayah roommate pun rasa tak boleh, teringat kat parents sendiri. Time orientasi pulak, abang-abang fasi marah sikit je, tapi dah nangis teresak-esak mcm dah kena pukul. Padahal bukan nangis sebab takut, nangis sebab homesick sebenarnyaaaa hahaha. Pastu, tu satu. Kedua, sebab terlalu rindu kampung halaman at Terengganu, dengar orang cakap utagha pun rasa nak marah, rasa sakit hati hahahaha (dah nama duk utagha, mmg dengar cakap utagha. Sekarang, dah jadi salah satu loghat baru dekat diri sendiri huiihuii). Kena pulak roommate orang Kedah, Hahaa.. Lepastu, punya homesick teruk gilaa ni... yalah, first time berjauhan dgn family kut… tambah pulak time tu still awkward dengan classmates, ada dua cara yang dibuat bagi hilangkan homesick tu dulu. Satu, selalu call family. Cakap-cakap dgn diorang even takde benda penting pun, dengar suara, baca mesej pun dah cukup. Dua, lepak dgn budak-budak sekolah yg sama-sama masuk matrik tu. Bila dgn diorang, rasa dekat je dgn kampung halaman, rasa dekat je dgn family sebab diorang pun dah mcm family. Nahh, ni kami, budak satu sekolah yg masih ada jodoh utk bersama sampai di matrik. Hahahaa~




Then, bila dah start belajar, dah start kenal-kenal kawan, kenal-kenal budak satu aras, kenal-kenal roommate kawan, dah mula selesa dgn persekitaran tu. Dah mula rasa dihargai hahaha. 
Okay, time belajar. Mmg diakui, masa sem satu kat matrik, perasaan main-main tu kuat. Kononnya, nak ambik pengalaman. Tapi, sebenarnya tulah kesilapan yg paling besar… Sebenarnya, masa sem satu lah kita kena belajar kuat-kuat, usaha kuat-kuat sebab pointer yang diambil bukan pointer sem dua aje. Pensyarah selalu pesan, sem satu kita sakit, sem dua kita akan selesa. Sebab pointer sem satu dah ada dlm tangan, cuma usaha lagi sikit masa sem dua. Hidup kat matrik ni, rasanyalah, simple je. Tak berat mana pun. Just empat subjek. Tambah-tambah kalau student akaun, as me. Akaun yg dipelajari di matrik serasa lagi senang dari akaun kat sekolah menengah. No wonder lah, bila budak sains tukar aliran ke akaun, diorang dapat A, diorang dapat 4flat, walaupun diorang takde basic, berbeza dgn pelajar akaun lain yg dah ada basic dari form 4 lagi. Tu semua, kami dengar dari akak-abang fasi yg cakap, pensayarah-pesyarah yg cakap. Cuma, nak atau tak je belajar tu.
Belajar, bukan just hadap buku tu. Kita pun kena berbaik-baik dgn pensyarah, dgn kawan-kawan, dgn makcik pakcik cleaner, dgn pak guard, dgn pembantu makmal, dgn makcik pakcik kafe. Parents, paling penting jgn lupa walaupun duk jauh dari diorang.

Okay. Berbulan-bulan duk jauh dengan family, macam-macam program sertai, tak boleh cuti sikit nak balik negeri, dah start nak exam PSPM1 (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi). Okay, punya excited nak balik, nak cuti dua minggu, nak makan masakan mak yg berbulan-bulan tak jumpa, nak balik main air banjir kat kampung (sebab time tu time bah kat pantai timur), exam dah tak ingat. Bayangkan, masa study week tu, boleh pulak duk main-main. Dahlah kami ni jenis yang bukan otak geliga, bukan jenis otak bila baca sekali terus masuk. Yalah, sombong sgt kan… Orang study bagai nak rak, kita study bagai nak bagi rak tu jatuh, saja cari nahas. Nahhh… ambik kau. Tangguh punya tangguh kononnya takut lupa bila baca, nak-nak pulak subjek Bisnes. Sekali, masa pagi nak exam tu, orang duk relax-relax, just nak bagi refresh balik je apa dah dibaca, me still terkulat-kulat duk hafal. Sebab? Nilah orang cakap kena culture shock kah! Dahlah subjek Bisnes subjek yg paling skor, yg paling diminati, sekali masuk dewan. Tawakal ajelahhhhh…

Then, cuti.

Bila masuk sem dua, perasaan tak berapa nak elok dari awal. Sebab dalam masa empat ke lima minggu awal sem dua, result PSPM1 akan keluar. Hari-hari dalam kuliah duk fikir, kalau kena tendang cemana? Apa nak cakap dekat mak ayah? Macamana nak hadap orang sekeliling? Sedara-mara? Kawan-kawan? Pensyarah yg dah byk berkorban tu? Lepasni, nak sambung mana? Bila dah keluar result… nangis tak berlagu kau!

Okay, dah abeh pasal PSPM1. Konon, nak bertaubat dah… Dah tak nak buat macam yg sem satu dulu. Menyesal, takyah cakap. Tapi, bak kata orang, keluar air mata darah sekalipun, dah tak ubah dah keputusan tu.

Masuk sem dua. Pergh, memang culture shock abeh! Ingatkan senior-senior dulu tipu, rupanya dah terjadi depan mata. Bak kata senior-senior, bila dah masuk sem dua, belang semua akan ditunjuk. Couple, takyah cakap laa... Sampai, jadi satu research buat kami untuk subjek BI pasal couple ni hahaha~ 

Hari ke hari, bulan ke bulan. Setiap hari, bangun pagi, pi kuliah, balik tidur, weekend outing, bangun pagi pi kuliah, balik tidur, weekend outing, tuptup dah sampai penghujung. Macam-macam event ada bila dah nak abeh. Time ni seronok abeh! Annual dinner, lepak-lepak, main-main, sambut birthday, selfie-welfie dgn classmates and geng kuliah, dating-dating dgn roommates, tukar-tukar kisah seram kat kolej, gurau senda dgn mentor-pensyarah, lepak dgn geng-geng Terengganu KMPP, pusing-pusing seluruh Penang, memang the best ever! Nahh, ni gambar-gambarnyaaa…

Sambut birthday dgn roommates sem satu 

Dating dgn roommates sem dua
p/s : sebenarnya utk pelajar PST, roommate tak bertukar pun tapi atas individu tersebut utk tukar bilik atas kelulusan pihak atasan.

Annual Dinner utk Account Students

Kami... girls A7P1


Kami... girls Zero Extreme

Malam "Girls Gorgeous Day"

Berpicnic tepi tasik

Berpicnic lagi... di Kafe D


BBQ+Games bersama Terengganu-rians KMPP

Raudhatul Iman terakhir

Bukit Bendera... Jalan-jalan pusing Penang

Geng-geng kuliah A7 bersama pensyarah Ekonomi

Date terakhir kami, A7P1+A7P2

Gambar terakhir selepas exam sebelum balik
-28/4/2015-


Tambah-tambah dekat KMPP, ada tanda bahawa kehidupan sebagai budak KMPP ni akan tamat, hubungan-hubungan yg terjalin ni akan menjadi hubungan jarak jauh hm... Iaitu pokok sakura! Kami panggil, sakura utarai. Bila bunga-bunga pink tu tumbuh, bermakna lagi beberapa bulan akan berakhir sem dua. Paling syok, bangun pagi tengok pokok sakura tu sebab blok kami menghadap pokok sakura! Hm, rindu pokok sakura tu… Perasaan gembira, sedih, excited, dah mula terasa. Instagram-intagram dah mula penuh dgn caption-caption sedih pasal tu. And, kami pun pi dating bawah pokok sakura tu and terpaksa tunggu giliran dari satu pokok ke satu pokok sebab ramai sgt duk snap picture hahaha.




Hari ke hari, sakura makin gugur. Study week dah nak mula. Kelas-kelas makin kucar-kacir. Buku-buku, dah jadi macam apa dah, koyak rabak kulit buku semua tercampak taktau ke mana. Tiap-tiap malam kafe kelas semua penuh. Bukan kafe je, bilik2 gosok yang kosong tu, bilik study setiap aras, pondok depan kompel penuh semua. Kira sapa cepat dia dapat! Time tu, tau lah mana kawan yg sanggup tolong, mana kawan yg rela makan sendiri hm...

Paper terakhir kami, Ekonomi. Bila dah keluar library tu (sebab account students exam kat library), muka-muka kami ada macam-macam. Ada yg dah merah mata sebab nangis, ada yg happy gelak tak ingat dunia, ada yg mcm sugul, ada yg kalut sebab family dah datang ambik. Part yg paling susah nak tahan, part bila pi Pentad, pi jumpa mentor and pensyarah2 semua, mungkin yg terakhir uhuk. And, itulah saat-saat yg paling manis ketika kat matrik, saat-saat terakhir kami bersama dan mungkin dah sukar untuk kami bersatu lagi. Dan ingatkan adik-adik yg tengah study at matrik atau bakal bergelar ex-matriks atau bakal jadi student matrik atau tgh buat pilihan nak study kat matrik ke tak, ingatlah. Di mana-mana pun kita belajar, hargailah setiap orang yg kita bersama :') Hargailah kehidupan masa belajar tambah-tambah dekat matrik sebab tu moments kita lalui sekali seumur hidup. Bila dah jadi budak u, kehidupan dah tak sama mcm di matrik. Hidup kat matrik ni tak lama pun. Tambah-tambah jalan yg kita ambil tu jalan pintas untuk terus ke degree, so hargailah. Buktikan dekat kawan-kawan, buktikan dekat orang kampung, buktikan dekat orang sekeliling bahawa budak matrik pun boleh berjaya. Kehidupan di matrik ni terlalu enjoy, terlalu fun, terlalu havoc, sampai susah nak digambarkan sebab di situ kita akan hargai masa, kita akan hargai segalanya sebab mungkin kita akan buat dua tiga kerja dalam satu masa tapi seriously, terlaluuu fun! And after matrik, tgoklah kawan mana yg masih stay dgn anda semua :) 

p/s 1 : Haaa… ni satu. Bila sebut matrik kan, semua akan cakap perkataan ni. “Kena tendang.” Ekcelli, kena tendang tu sebab malas belajar sangat-sangat. Sebab markah kuiz dan assignment-assignment dikira sekali dlm keputusan tu jadi rasanya cukup aje nak lepas 2.00 kalau ditambah-tambah sekali dgn markah paper yg kita jawab dlm PSPM1 tu melainkan tak jawab terus ataupun just jawab 20% ke 30%. Tapi, jgn bergantung sgt dekat carrymark tu sebab markah ambik banyak dari paper yg kita jawab nahh… Jgn bagi cukup-cukup 2.00 sebab syarat minima nak apply UPU adalah 2.00. Tapi, kalau adik-adik dah dapat 2.00 pointer masa sem satu, jgn putus asa utk terus berusaha untuk sem dua sebab masih ada harapan.Percayalah. Akak dah rasa semuanya! Usaha itu penting!

p/s 2 : Maaf kalau ada terkasar atau terguris mana-mana. Ini semua hanyalah perkongsian pengalaman kerana lain orang, lain pengalaman. Sekian.

-Dari Kami, budak matrikulasi PST perakaunan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sesi 2014/2015