Dah lama tak update blog,
harini tetiba ada mood nak update. Sebenarnya benda ni dah lama rancang, tapi
sebab ada beberapa masalah, jadi harini baru sempat.
![]() |
Gambar masa Minggu Orientasi, berbentuk Infiniti, sebagai tanda "Zero Extreme" |
Ehem... Nahhh… tajuk
harini pasal pengalaman as budak matrik selama setahun (PST student!) Straight to the point,
masa mula-mula daftar at KMPP (Kolej Matrikulasi Paling Popular, Kolej
Matrikulasi Pentarbiyahan Pelajar, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang), perghhh… memang tak kenal jalan sebab lupa nak ulangkaji pasal KMPP ni kah! Kompel (asrama) lelaki tasik surau library kafe semak semua redah, semata-mata nak cari bilik plus tak jumpa kawan tah kemana (janji nak jumpa kemain tapi sbb memasing busy so semua buat hal sendiri jek). Bila dah kenal jalan semua kat situ, baru tau sebenarnya jalan yg dilalui masa awal2 daftar dulu mmg jaauh! Fuh. then bila dah berjaya daftar bilik semua, barang pun dah angkat semua, time family nak baaalikkk! Pergh, memang homesick abeh. Pandang muka mak ayah roommate pun rasa tak boleh, teringat kat parents sendiri. Time orientasi pulak, abang-abang fasi marah sikit je, tapi dah nangis
teresak-esak mcm dah kena pukul. Padahal bukan nangis sebab takut, nangis sebab homesick
sebenarnyaaaa hahaha. Pastu, tu satu. Kedua, sebab terlalu rindu kampung
halaman at Terengganu, dengar orang cakap utagha pun rasa nak marah, rasa sakit
hati hahahaha (dah nama duk utagha, mmg dengar cakap utagha. Sekarang, dah jadi
salah satu loghat baru dekat diri sendiri huiihuii). Kena pulak roommate orang
Kedah, Hahaa.. Lepastu, punya homesick teruk gilaa ni... yalah, first time berjauhan dgn family kut… tambah pulak time tu still awkward dengan
classmates, ada dua cara yang dibuat bagi hilangkan homesick tu
dulu. Satu, selalu call family. Cakap-cakap dgn diorang even takde benda
penting pun, dengar suara, baca mesej pun dah cukup. Dua, lepak dgn budak-budak
sekolah yg sama-sama masuk matrik tu. Bila dgn diorang, rasa dekat je dgn
kampung halaman, rasa dekat je dgn family sebab diorang pun dah mcm family.
Nahh, ni kami, budak satu sekolah yg masih ada jodoh utk bersama sampai di
matrik. Hahahaa~
Then, bila dah start
belajar, dah start kenal-kenal kawan, kenal-kenal budak satu aras, kenal-kenal
roommate kawan, dah mula selesa dgn persekitaran tu. Dah mula rasa dihargai
hahaha.
Okay, time belajar. Mmg diakui, masa sem satu kat matrik, perasaan main-main
tu kuat. Kononnya, nak ambik pengalaman. Tapi, sebenarnya tulah kesilapan yg
paling besar… Sebenarnya, masa sem satu lah kita kena belajar kuat-kuat, usaha
kuat-kuat sebab pointer yang diambil bukan pointer sem dua aje. Pensyarah
selalu pesan, sem satu kita sakit, sem dua kita akan selesa. Sebab pointer sem
satu dah ada dlm tangan, cuma usaha lagi sikit masa sem dua. Hidup kat matrik
ni, rasanyalah, simple je. Tak berat mana
pun. Just empat subjek. Tambah-tambah kalau student akaun, as me. Akaun yg
dipelajari di matrik serasa lagi senang dari akaun kat sekolah menengah. No wonder
lah, bila budak sains tukar aliran ke akaun, diorang dapat A, diorang dapat
4flat, walaupun diorang takde basic, berbeza dgn pelajar akaun lain yg dah ada
basic dari form 4 lagi. Tu semua, kami dengar dari akak-abang fasi yg cakap,
pensayarah-pesyarah yg cakap. Cuma, nak atau tak je
belajar tu.
Belajar, bukan just hadap buku tu. Kita pun kena berbaik-baik dgn
pensyarah, dgn kawan-kawan, dgn makcik pakcik cleaner, dgn pak guard, dgn
pembantu makmal, dgn makcik pakcik kafe. Parents, paling penting jgn lupa
walaupun duk jauh dari diorang.
Okay. Berbulan-bulan duk
jauh dengan family, macam-macam program sertai, tak boleh cuti sikit nak balik negeri,
dah start nak exam PSPM1 (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi). Okay,
punya excited nak balik, nak cuti dua minggu, nak makan masakan mak yg
berbulan-bulan tak jumpa, nak balik main air banjir kat kampung (sebab time tu
time bah kat pantai timur), exam dah tak ingat. Bayangkan, masa study week tu,
boleh pulak duk main-main. Dahlah kami ni jenis yang bukan otak geliga, bukan jenis
otak bila baca sekali terus masuk. Yalah, sombong sgt kan… Orang study bagai
nak rak, kita study bagai nak bagi rak tu jatuh, saja cari nahas. Nahhh… ambik
kau. Tangguh punya tangguh kononnya takut lupa bila baca, nak-nak pulak subjek
Bisnes. Sekali, masa pagi nak exam tu, orang duk relax-relax, just nak bagi
refresh balik je apa dah dibaca, me still terkulat-kulat duk hafal. Sebab?
Nilah orang cakap kena culture shock kah! Dahlah subjek Bisnes subjek yg
paling skor, yg paling diminati, sekali masuk dewan. Tawakal ajelahhhhh…
Then, cuti.
Bila masuk sem dua,
perasaan tak berapa nak elok dari awal. Sebab dalam masa empat ke lima minggu
awal sem dua, result PSPM1 akan keluar. Hari-hari dalam kuliah duk fikir, kalau
kena tendang cemana? Apa nak cakap dekat mak ayah? Macamana nak hadap orang
sekeliling? Sedara-mara? Kawan-kawan? Pensyarah yg dah byk berkorban tu?
Lepasni, nak sambung mana? Bila dah keluar result… nangis tak berlagu kau!
Okay, dah abeh pasal PSPM1.
Konon, nak bertaubat dah… Dah tak nak buat macam yg sem satu dulu. Menyesal,
takyah cakap. Tapi, bak kata orang, keluar air mata darah sekalipun, dah tak
ubah dah keputusan tu.
Masuk sem dua. Pergh,
memang culture shock abeh! Ingatkan senior-senior dulu tipu, rupanya dah
terjadi depan mata. Bak kata senior-senior, bila dah masuk sem dua, belang
semua akan ditunjuk. Couple, takyah cakap laa... Sampai, jadi satu research
buat kami untuk subjek BI pasal couple ni hahaha~
Hari ke hari, bulan ke
bulan. Setiap hari, bangun pagi, pi kuliah, balik tidur, weekend outing, bangun
pagi pi kuliah, balik tidur, weekend outing, tuptup dah sampai penghujung. Macam-macam
event ada bila dah nak abeh. Time ni seronok abeh! Annual dinner, lepak-lepak,
main-main, sambut birthday, selfie-welfie dgn classmates and geng kuliah, dating-dating dgn
roommates, tukar-tukar kisah seram kat kolej, gurau senda dgn mentor-pensyarah,
lepak dgn geng-geng Terengganu KMPP, pusing-pusing seluruh Penang, memang the best ever! Nahh, ni
gambar-gambarnyaaa…
Sambut birthday dgn roommates sem satu
![]() |
Dating dgn roommates sem dua |
Annual Dinner utk Account Students
Kami... girls A7P1
Kami... girls Zero Extreme
Malam "Girls Gorgeous Day"
Berpicnic tepi tasik
Berpicnic lagi... di Kafe D
BBQ+Games bersama Terengganu-rians KMPP
Raudhatul Iman terakhir
Bukit Bendera... Jalan-jalan pusing Penang
Geng-geng kuliah A7 bersama pensyarah Ekonomi
Date terakhir kami, A7P1+A7P2
Gambar terakhir selepas exam sebelum balik
-28/4/2015-
Tambah-tambah dekat KMPP, ada tanda bahawa
kehidupan sebagai budak KMPP ni akan tamat, hubungan-hubungan yg terjalin ni
akan menjadi hubungan jarak jauh hm... Iaitu pokok sakura! Kami panggil, sakura
utarai. Bila bunga-bunga pink tu tumbuh, bermakna lagi beberapa bulan
akan berakhir sem dua. Paling syok, bangun pagi tengok pokok sakura tu sebab
blok kami menghadap pokok sakura! Hm, rindu pokok sakura tu… Perasaan gembira,
sedih, excited, dah mula terasa. Instagram-intagram dah mula penuh dgn
caption-caption sedih pasal tu. And, kami pun pi dating bawah pokok sakura tu
and terpaksa tunggu giliran dari satu pokok ke satu pokok sebab ramai sgt duk
snap picture hahaha.
Hari ke hari, sakura makin
gugur. Study week dah nak mula. Kelas-kelas makin kucar-kacir. Buku-buku, dah
jadi macam apa dah, koyak rabak kulit buku semua tercampak taktau ke mana. Tiap-tiap malam kafe kelas semua penuh. Bukan kafe je, bilik2 gosok yang kosong tu, bilik study setiap aras, pondok depan kompel penuh semua. Kira sapa cepat dia dapat! Time tu, tau lah mana kawan yg sanggup tolong, mana kawan yg rela makan sendiri hm...
Paper terakhir kami, Ekonomi. Bila dah keluar library tu (sebab account students exam kat
library), muka-muka kami ada macam-macam. Ada yg dah merah mata sebab nangis,
ada yg happy gelak tak ingat dunia, ada yg mcm sugul, ada yg kalut sebab family
dah datang ambik. Part yg paling susah nak tahan, part bila pi Pentad, pi jumpa mentor and pensyarah2 semua, mungkin yg terakhir uhuk. And, itulah saat-saat yg paling manis ketika kat matrik, saat-saat
terakhir kami bersama dan mungkin dah sukar untuk kami bersatu lagi. Dan
ingatkan adik-adik yg tengah study at matrik atau bakal bergelar ex-matriks atau bakal jadi student matrik
atau tgh buat pilihan nak study kat matrik ke tak, ingatlah. Di mana-mana pun
kita belajar, hargailah setiap orang yg kita bersama :') Hargailah kehidupan masa
belajar tambah-tambah dekat matrik sebab tu moments kita lalui sekali seumur
hidup. Bila dah jadi budak u, kehidupan dah tak sama mcm di matrik. Hidup kat
matrik ni tak lama pun. Tambah-tambah jalan yg kita ambil tu jalan pintas untuk
terus ke degree, so hargailah. Buktikan dekat kawan-kawan, buktikan dekat orang
kampung, buktikan dekat orang sekeliling bahawa budak matrik pun boleh berjaya.
Kehidupan di matrik ni terlalu enjoy, terlalu fun, terlalu havoc, sampai susah
nak digambarkan sebab di situ kita akan hargai masa, kita akan hargai segalanya
sebab mungkin kita akan buat dua tiga kerja dalam satu masa tapi seriously, terlaluuu fun! And after matrik, tgoklah kawan mana yg masih stay dgn anda semua :)
p/s 1 : Haaa… ni satu. Bila sebut matrik kan, semua akan cakap perkataan ni. “Kena tendang.” Ekcelli, kena tendang tu sebab malas belajar sangat-sangat. Sebab markah kuiz dan assignment-assignment dikira sekali dlm keputusan tu jadi rasanya cukup aje nak lepas 2.00 kalau ditambah-tambah sekali dgn markah paper yg kita jawab dlm PSPM1 tu melainkan tak jawab terus ataupun just jawab 20% ke 30%. Tapi, jgn bergantung sgt dekat carrymark tu sebab markah ambik banyak dari paper yg kita jawab nahh… Jgn bagi cukup-cukup 2.00 sebab syarat minima nak apply UPU adalah 2.00. Tapi, kalau adik-adik dah dapat 2.00 pointer masa sem satu, jgn putus asa utk terus berusaha untuk sem dua sebab masih ada harapan.Percayalah. Akak dah rasa semuanya! Usaha itu penting!
p/s 2 : Maaf kalau ada terkasar atau terguris mana-mana. Ini semua hanyalah perkongsian pengalaman kerana lain orang, lain pengalaman. Sekian.
-Dari Kami, budak matrikulasi PST perakaunan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sesi 2014/2015
p/s 2 : Maaf kalau ada terkasar atau terguris mana-mana. Ini semua hanyalah perkongsian pengalaman kerana lain orang, lain pengalaman. Sekian.
-Dari Kami, budak matrikulasi PST perakaunan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sesi 2014/2015
Assalamualaikum.. akak dr tganu kn? Mse mula mula nk dftr mtrik, akk booking hotel apa? Hotel ape dkt dgn kmpp?
ReplyDelete